Powered by Blogger.

Najib Kecut Perut Jawab Isu Daniyar Nazarbayev

KUALA LUMPUR 3 September: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kemunculan bakal menantunya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan, Pahang, 26 Ogos lalu. Anak Najib, Noryana Najwa (tengah) bersama tunangnya, Daniyar (kanan) pada majlis sambutan Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan Pahang.
Ketua Penerangannya, Lee Khai Loon berkata, Najib perlu menjawab dan menjelaskan kedudukan sebenar bakal menantunya, yang sedang diburu pihak berkuasa antarabangsa.“Najib perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung isu ini, bakal menantu beliau bukan orang biasa kerana terlibat dalam jenayah berprofil tinggi.
“Rakyat juga berhak mengetahui siapa bakal menantu beliau kerana Najib merupakan pemimpin tertinggi negara.“Kita tidak mahu nama negara terjejas di mata dunia kerana menyembunyikan seorang penjenayah,” katanya ketika dihubungi.
Bakal menantu Najib, Daniyar Nazarbayev sebelum ini dilapor menghilangkan diri kerana diburu pihak berkuasa antarabangsa berhubung penipuan terhadap bapa tirinya, Bolat Nazarbayev melibatkan seunit kondominium mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).
Keadilan Daily sebelum ini juga melaporkan seorang lelaki menyerupai Daniyar sedang menjalani latihan ketenteraan dengan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia di kem askar Port Dickson. ~kd

Posted by Min Yahya On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers