Powered by Blogger.

Malaysia dengan Rasuah macam isi dengan kuku !

Malaysia semenjak zaman Mahathir hinggalah kehari ini boleh dicop sebagai sebuah negara rasuah. Malaysia dengan rasuah ibarat isi dengan kuku,  atau bagai langau dengan bangkai !. Kenapa ini berlaku? Sudah tentu ia bertitik-tolak dari Perdana Menteri Malaysia ke-4 Tun Mahathir.  Tun lah yang telah menyemai dan menanam benih rasuah itu sejak mula lagi!   Kini budaya Rasuah telah hidup dengan subur di bumi Malaysia!  sehinggakan badan pencegah rasuah sendiri(SPRM)  baru-baru ini pegawainya terlibat dengan rasuah!

Kalau pemimpin nombor wahid Negara main rasuah, maka tidak hairanlah menteri-menteri bawahannya turut sama menyukai rasuah. Dan begitulah juga dengan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, Ketua-ketua Jabatan, Pengarah atau Timbalan Pengarah syarikat-syarikat atau syarikat GLC,  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),  malah pegawai-pegawai rendah juga pernah didakwa kerana rasuah!
 
Terbaru,  bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sime Darby Bhd. (Sime Darby), Datuk Seri Ahmad Zubair @ Ahmad Zubir Murshid (gambar) telah didakwa atas dua tuduhan pecah amanah lebih RM100 juta terhadap dana syarikat itu dalam projek pembangunan tanah adat Sarawak, empat tahun lalu. Namun beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Bila masaalah najis rasuah ini akan selesai? Jawapannya ada ditangan rakyat Malaysia! kerana hanya seluruh rakyat Malaysia saja yang boleh mengubahnya! iaitu dengan menukar kerajaan!  Kita tumbangkan kerajaan UmnoBn yang rasuah, yang zalim, menyeleweng dan tidak telus itu!  Mari kita menyokong pula kerajaan baru, kerajaan PAKATAN RAKYAT  yang sudah bersedia untuk ke Putrajaya. Justeru,  pastikan kita  mengundi PAKATAN RAKYAT  dalam PRU ke-13 nanti !!  Semoga dengan perubahan ini akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, adil dan dinamik!!
Oleh : rahimothman

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers