Powered by Blogger.

Ancaman Najib hari Ini Semakin Melebar


MUNGKIN ramai dikalangan penyokong Pakatan Rakyat yang tidak tahu bahawa hari ini adalah hari ulang tahun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ke-59 tahun. Sebagai figura yang tidak diperlukan (malah dimusuhi) dalam Pakatan Rakyat, penulis tidak salahkan sesiapa kalau ada yang tidak tahu.

Tapi, penulis sengaja membangkitkan perkara ini supaya kita dapat sama-sama memikirkan ‘pencapaian’ Najib setakat ini yang boleh mendatangkan bahaya kepada kempen Pakatan Rakyat untuk menakluk Putrajaya serta mencari punca mengatasinya.

Sejak mengambil alih jawatan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi 3 tahun lepas, Najib telah banyak melakukan perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan Perdana Menteri sebelumnya, antaranya pemberian tunai kepada rakyat.

Memang pada zaman pemerintahan Abdullah, kerajaan pernah memberikan wang tunai RM 625 kepada rakyat sebagai ganti kenaikan RM 0.78 harga petrol pada 2008, tapi keadaan ketika itu berbeza dengan sekarang.

Pada ketika itu, RM625 tidak memberi apa kesan kepada rakyat kerana disamping kenaikan melambung harga petrol, harga barangan keperluan juga meningkat naik.

Pemberian tunai kerajaan BN dibawah pemerintahan Najib seperti BR1M, wang persekolahan dan sebagainya bukan sebagai ganti kepada apa-apa pun yang seumpama yang dilakukan Abdullah pada 2008.

Sila Baca Selanjutnya Di suarapakatanrakyat.com

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers