Powered by Blogger.

Benarkah New York Post Sengaja Besar-besarkan kes Menantu Najib?

Dakwaan bakal menantu PM menipu diperbesar-besarkan'

Laporan terbaru yang mengaitkan bakal menantu perdana menteri, Daniyar Nazarbayev, dengan dakwaan menipu telah diperbesar-besarkan oleh akhbar The New York Post, demikian menurut sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri.

Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri.

"Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber itu lagi yang menambah, pertunangan antara Daniyar dan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, tidak terjejas.

Beliau mengulas laporan The New York Post yang mendakwa Daniyar terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta).

Sumber berkata, kes berkenaan hanya melibatkan keluarga Daniyar kerana kes tersebut berlangsung di antara ibu Daniyar, Maira Nazarbayev yang bercerai dengan bekas suami, Bolat Nazarbayev.

Bolat merupakan adik kepada presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

Cuba gambarkan sanggup menipu & memikat

Sumber itu menyebut, isu tersebut juga tidak boleh diulas lebih panjang kerana masih berlarutan di mahkamah Amerika Syarikat.

Selain dakwaan menipu aset bapa tirinya, dokumen mahkamah itu juga menyebut bahawa Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, di mana beliau bertemu Nooryana.

Daniyar didakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The New York Post.

Sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Sumber Malaysiakini ketika ditemui di satu majlis yang dihadiri isteri perdana menteri pada malam tadi berkata, dakwaan tersebut juga diperbesar-besarkan untuk menggambarkan bahawa Daniyar sanggup menipu untuk masuk ke universiti dan memikat hati anak perdana menteri.

Isteri perdana menteri pada malam tadi menghadiri majlis makan malam dan turut merasmikan NGO Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi.

Majlis di Setiawangsa, Kuala Lumpur itu antara lainnya turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. -mk

Ulasan GB

Dapat bakal menantu yang penipu dan penyangak pun masih kata isu itu dibesar-besarkan?

Walaupun ia berlaku di keluarga "sebelah sana" tetapi bukan keluarga disebelah sana itu bakal menjadi besan "sebelah sini"?

Ada banyak persamaan sebenarnya diantara sebelah sana dengan sebelah sini.

Itu sebab sebelum ini GB petik ungkapan Abdul Wahub di dalam Tiga Abdul... "dah kenah dah... penyangak dengan penyamun..." Birds of the same feather flock together

Dan satu lagi hal mengenai penipuan Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, hal tersebut memang ada juga di keluarga sebelah sini.

Menantu Rosmah yang bernama (Dr) Fazley Yaakob pernah menggemparkan negara kerana penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan. Baca SINI.

Apabila Rosmah satu ketika dikritik hebat oleh rakyat kerana berbelanja besar di Australia, ditambah dengan isu cincin dan beg tangan, Rosmah tiba-tiba mendappat anugerah doktor kehormat dari Universiti Curtin.

Satu keluarga nampaknya memiliki ijazah-ijazah beli dan kini tambah seorang lagi dari Kazakhstan yang dapat ijazah dengan penipuan.

Hmm... New York Post dikatakan sengaja besar-besar isu penipuan Daniyar. Najib dan isterinya Rosmah memandang isu itu kecil dan ia tidak menjejaskan pertunangan anaknya dengan si penipu itu. Mungkin keluarga Najib sedang menanti isu yang lebih besar yang akan dibongkar barulah beliau akan mengaku dan akur.

Kalau begitu kehendak Najib dan Rosmah, kita sama-sama doakan biar ia jadi kenyataan.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers