Home »
Artikel Politik
» Mahasiswa tempelak Pak Menteri
Mahasiswa tempelak Pak Menteri
AMK Sifatkan Kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Sebagai Dangkal Dan Tidak Faham Perlembagaan.
Merujuk kepada kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Seri Khalid b Nordin dalam laman portal Malaysiakini baru-baru ini yang menggesa mahasiswa terjemah undi tanpa perlu berdemo berkaitan isu mansuh PTPTN membuktikan beliau gagal memahami perlembagaan Malaysia.
Sebagai seorang Menteri beliau sepatutnya memahami tindakan berdemo secara aman ini merupakan satu tindakan yang tidak bertentangan dengan amalan demokrasi dan perlembagaan di negara kita.
Tindakan berdemo secara aman ini juga harus dilihat dari sudut positif sebagai desakan golongan muda negara ini yang ingin memainkan peranan aktif sebagai rakan pembangunan dan pembinaan negara serta mahukan sebuah kerajaan yang prihatin terhadap masaalah anak muda.
Tetapi realitinya di negara ini anak muda dilihat sebagai ancaman dan pelbagai tindakan menekan dan tidak munasabah dikenakan kepada golongan muda ini.Sering kali suara anak muda dinegara ini dipinggirkan dan tidak diambil serius oleh pentadbiran kerajaan dibawah UMNO/Barisan Nasional.
Biro Mahasiawa Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyokong penuh tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menganjurkan demonstarsi aman mansuh PTPTN serta menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama bersolidariti menyatakan sokongan pada 14 April 2012 ini sebagai tanda keprihatinan terhadap masaalah anak muda dinegara ini.