Powered by Blogger.

Umno Bakal Berpecah, 4 Calon Tanding Kerusi Presiden?

Rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat menyeru agar berlaku perubahan dalam kerajaan. Ramai yang bersependapat bahawa Najib Razak patut undur untuk mengelakkan Malaysia lebih dimalukan di persada dunia. Walaupun penyokong UMNO merasa kecewa terhadap Najib dan Rosmah, namun mereka tidak mempunyai pilihan lain. Dengan kredibilitinya yang hancur akibat kesilapan dalam menangani beberapa isu semasa, terutamanya perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pilihanraya adil dan bebas, agak meng hairan jika Najib dibenarkan untuk mengetuai BN dalam usaha mendapatkan mandat baru rakyat melalui Pilihanraya Umum ke 13.



Namun demikian, Najib sebenarnya boleh saja bertahan selama mana yang diinginkannya sama ada melalui pilihanraya atau tidak, asalkan dia pandai menjaga hati 2700 orang ahli perwakilan UMNO.Inilah kebenaran disebalik demokrasi ala Malaysia. Rakyat Malaysia sememangnya tidak akan bisa memilih Perdana Menteri yang dikehendaki. Ia ditentukan oleh UMNO melalui pemilihan presiden parti pada Perhimpunan Agungnya.

Najib telah mengumumkan perhimpunan agung UMNO akan diadakan di PWTC dari 28 November hingga 3 Disember ini. Perhimpunan akan bermula dengan forum antarabangsa UMNO pada 28 hingga 29 November. Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan mengadakan mesyuarat majlis tertinggi pada 29 November dan berhimpun pada hari berikutnya. Perhimpunan agung UMNO akan diadakan pada 1 hingga 3 Disember.

Tidak dinyatakan bahawa pemilihan parti akan berlangsung pada masa yang sama atau tidak. Ini membayangkan, pemilihan parti sememangnya tidak akan berlaku. Kecuali ada pengumuman dari majlis tertinggi, pemilihan hanya akan berlaku pada tahun 2012 kerana Najib telah mendapatkan penundaan selama 18 bulan yang bererti pemilihan hanya akan berlaku pada suku kedua tahun 2012.

Tahun ini perhimpunan agung dibayangi salah urus tadbir serta kesilapan yang sering dilakukan oleh pengurusan dibawah kepimpinan Najib. Sama ada ia akan disudahi dengan perubahan dalam tampuk kepimpinan yang menerajui UMNO masih lagi menjadi spekulasi. Sudah ada cakap-cakap tentang perubahan dan pemimpin yang baru akan diumumkan di dalam UMNO.

Calon-calon presiden

Najib, Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan juga Abdullah Badawi dikatakan berminat dengan jawatan Presiden parti. Mungkin senarai ini kurang dipersetujui oleh rakyat Malaysia amnya, delegasi UMNO akan tetap mencalonkan meraka dan seterusnya mengundi. Mereka tidak akan teragak-agak dalam memilih bakal calon nanti.

Muhyiddin telah berjaya menarik perhatian ramai apabila dia berjanji kepada 100 orang wakil rakyat BN bahawa geran sebanyak RM100,000 akan diberikan kepada konstitusi masing-masing. Ini adalah sejurus selepas begitu ramai yang mengadu bahawa Putrajaya lebih suka melaburkan wang ke dalam projek berskala besar berbanding memajukan kawasan pedalaman.

Ini kerja senang untuk Muhyiddin, tugas pentadbiran agak mudah baginya. Di Johor, negeri asalnya, Muhyiddin telah mengembangkan karier politiknya sehingga Berjaya menjadi naib presiden UMNO. Ini sememangnya akan digariskan kepada para delegasi. Jika ini diambil kira dalam kriteria pemilihan presiden bagi para delegasi UMNO, maka, Malaysia akan memperolehi seorang pentadbir yang agak efisyen sebagai Perdana Menteri tetapi pada masa yang sama bersifat kejam.

Muhyiddin sememangnya jelas dalam pendiriannya terhadap Malaysia. “ Melayu dahulu Malaysia kemudian” merupakan kenyataannya yang menggambarkan ideologinya tentang bagaimana masyarakat Malaysia sepatutnya disusun atur. Orang Melayu diatas, yang lain dibawah.

Buah pemikiran Tengku Razaleigh yang terbaru, Amanah dilihat sebagai kuasa ketiga didalam lanskap politik Malaysia. Kekuatan Amanah akan dinilai dari segi keupayaannya untuk memikat orang muda yang berminat dengan politik dan inginkan perubahan dalam cara pentadbiran Malaysia. Amanah akan membawa kesan jika benar-benar dilaksanakan tetapi, mampukah Razaleigh menpengaruhi delegasi muda supaya Najib tidak diberi peluang kedua?

Abdullah Badawi tiba-tiba muncul dan membuat perjumpaan dengan Ambiga Sreenevasan sebelum Bersih megadakan perarakan nya pada 9 Julai. Ia mengejutkan ramai pihak dan dilihat sebagai mengugat Najib. Pada hari berikutnya dikejutkan pula dengan berita tentang sama ada pegawai yang terlibat dalam skandal rasuah wang ringgit di Australia cuba untuk merasuah Abdullah Badawi. Badawi telah menafikan khabar itu dan sehingga kini Cuma mengambil sikap berdiam diri.

Tidak seperti Najib atau Muhyiddin, Badawi secara peribadinya tidak ada apa yang perlu disembunyikan kecuali seorang menantu lelaki yang bercita-cita tinggi. Dia juga dalam diam, cuba mengetengahkan dirinya sebagai pilihan yang terbaik selain Najib yang sudah jauh meleset dan ‘Melayu dahulu’ Muhyiddin.

Dan bila Muhyiddin menambahkan tekanan dari dalam UMNO, Amanah bergerak dari luar. Badawi pula cuba memainkan satu peranan, seorang yang walaupun kurang dari segi kecekapan tetapi bersih. Bagi Najib pula, rakyat Malaysia telah nampak pembohongan nya dalam menangani isu perhimpunan Bersih. Hasilnya, popularitinya merundum.

Kriteria-kriteria pemilihan para delegasi UMNO

Walau demikian, delegasi UMNO jarang memilih presiden berdasarkan apa yang dikehendaki rakyat Malaysia. Bila Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri yang adil dan bertanggungjawab terhadap semua komuniti yang ada, presiden UMNO akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan status Melayu dan memastikan kelangsungan bisnes milik atau berkaitan UMNO. Konflik kepentingan ini menjadi masalah nasional semenjak Barisan Nasional berkuasa.

Perbalahan dalaman golongan elit UMNO akan melemahkan kekuasaan UMNO sebagai kerajaan. Konflik dalaman inilah yang mengakibatkan UMNO kehilangan 5 negeri pada pilihanraya umum tahun 2008. Cara pemilihan presiden UMNO telah melahirkan budaya politik wang dan melobi jawatan didalam sesetengah pecahan dalaman UMNO.

Jauh sekali seperti retorik yang dilaungkan oleh UMNO sebagai parti yang stabil dan jaguh memperjuangkan hak Melayu, UMNO adalah parti berpecah yang sentiasa bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan jawatan tertinggi dan apabila tiba perhimpunan agung 2011, puak-puak ini akan berlawan habis-habisan sesama sendiri kerana inilah perjuangan sebenar mereka, untuk memegang kuasa. Itupun jika Barisan Nasional menang pilihanraya umum ke-13./mc

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers