Powered by Blogger.

Shahrizat Kekal Jawatan, Wanita Berpadu Sedia Gempur PRU 13

KUALA LUMPUR 23 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal memegang jawatan  berkenaan.
Menurut beliau jawatan tersebut merupakan jawatan yang dipilih oleh ahli-ahli pergerakan Wanita dan selagi tidak ada apa-apa kesalahan yang terbukti, tidak ada sebab Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatan.
“Jawatan berkenaan adalah dipilih oleh ahli-ahli dan mengikut dasar kita dan prinsip kita, selagi tidak ada apa-apa kesalahan yang terbukti, maka tidak ada sebab jawatan itu harus dikorbankan atau Shahrizat melepaskan jawatannnya sebagai Ketua Wanita.
“Beliau (Shahrizat) mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai menteri meskipun beliau belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang tetapi apabila isu membabitkan keluarga beliau maka Datuk Seri Shahrizat mengambil tanggungjawab cara yang terhormat melepaskan jawatan sebagai menteri
“Ini adalah satu keputusan yang saya dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta rakan-rakan menghargai kesanggupan beliau melakukannya,” katanya  selepas memberi taklimat pada Perhimpunan Wanita UMNO di sini, Jumaat.
Shahrizat baru-baru ini mengumumkan akan berundur daripada jawatan menteri selepas tamat tempoh senatornya pada 8 April ini dan kekal sebagai Ketua Wanita UMNO
Datuk Seri Najib seterusnya melahirkan harapan agar  Wanita UMNO bekerja kuat untuk pilihan raya akan datang demi memastikan kemenangan BN nanti.
“Dan perkara itu dizahirkan oleh mereka yang hadir dengan penuh komitmen dan semangat yang tinggi  untuk bekerja sepenuh hati demi memastikan kemenangan besar BN.
“Dan saya turut menjelaskan bahawa saya bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri  Tengku Adnan Tengku Mansor  bertemu dengan Datuk Seri Shahrizat serta Datuk Kamilia Ibrahim dan kedua-dua pemimpin itu akan bekerjasama sepenuhnya.
“Selepas ini mereka akan  turun padang sebagai satu pasukan yang jitu dan kukuh bersama pemimpin wanita yang lain dan dapat menggalas  tanggungajwab yang besar yang telah kita letakkan kepada sayap berkenaan,” katanya.
Terdahulu sebelum itu, dalam ucapannya di hadapan hampir 10,000  ahli Wanita UMNO yang memenuhi Dewan Merdeka serta Dewan Tun Dr Ismail serta Dewan Tun Hussein Onn, Najib memuji kesungguhan Wanita UMNO dalam melaksanakan tanggungajwab sebagai sayap parti.
Katanya Wanita UMNO adalah tulang belakang kepada parti dan perlu bergerak sederap bersama untuk memainkan peranan dan tanggungajwab yang penting kepada parti untuk berdepan dengan tugas  besar kelak.
“Wanita bukan tulang rusuk kepada parti tetapi ianya adalah tulang belakang kepada UMNO. Kita semua tahu dan faham serta sentiasa sayang kepada wanita UMNO. Kekuatan parti akar tunjangnya adalah wanita,” katanya sambil disambut laungan gemuruh wanita UMNO.
Pada akhir ucapannya, Datuk Seri Najib dengan penuh semangat melaungkan agar Wanita UMNO merapatkan barisan dan membulatkan tekad bahawa pergerakan itu akan berjuang habis-habisan untuk parti. -MediaUMNO

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers