Home »
Agama islam
» kebaikan Melakukan Azan Secara Sukarela
kebaikan Melakukan Azan Secara Sukarela
Azan adalah seruan yang mengandungi kalimah-kalimah yang membesarkan Allah, kalimah tauhid, syahadah dan iklan untuk mengerjakan sembahyang. Para muazzin (atau bilal) iaitu orang yang melaungkannya secara sukarela (tanpa mengharapkan bayaran) diberikan ganjaran yang hebat seperti yang disebut dalam beberapa hadith.
Daripada Abdillah bin Abbas berkata ia bahawasanya nabi s.a.w. telah bersabda “sesiapa melaungkan azan selama tujuh (7) tahun dengan niat mengharapkan pahala daripada Allah, maka ditulis baginya pelepasan daripada api neraka (Riwayat Tirmizi).
Daripada Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang melaungkan azan selama dua belas (12) tahun, maka wajiblah baginya syurga dan setiap hari ditulis enam puluh kebaikan kerana azannya dan tiga puluh kebaikan dari iqamatnya.”(Riwayat Ibnu Majah).
Dari Ibnu Amru bin Al-‘As Radiallahu-Anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tukang azan yang melaungkan azan secara sukarela adalah seperti seorang syahid yang berlumuran darah, jika dia meninggal dunia, matinya tidak berulat di dalam kubur.(Riwayat Al-Imam At-Thabrani)