Powered by Blogger.

Jangan jadikan kemiskinan modal politik

007 dunia: Bahang pilihan raya semakin hampir, Kelantan menjadi salah satu negeri yang sejak dahulu sangat diimpikan oleh Umno-BN untuk dirampas. Pelbagai isu dihadapkan, pelbagai janji diumpan.
Paling kerap, isu kemiskinan rakyat dan negeri Kelantan terus dipaparkan sebagai bahan berita media massa pro BN untuk memancing undi rakyat

Apakah Kelantan miskin hanya kerana tiada bangunan pencakar langit seperti di Selangor dan Kuala Lumpur, apakah yang mendorong persepsi itu.
Benarkan Kelantan yang ditadbir PAS adalah negeri yang miskin. Mengupas persoalan ini, wakil Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB mengintai buah fikiran penganalisis politik terkenal, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbulah yang juga pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya pada 5 Mac lalu.
WARTAWAN : Muktakhir ini, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 rakyat sekali lagi dihidangkan dengan gambaran oleh media massa kononnya Kelantan sebuah negeri yang miskin. Apa pandangan Dr, dan mengapa ia terjadi?
DR ABU HASSAN: Pada pandangan saya secara keseluruhannya, Malaysia masih memerlukan suatu kepimpinan yang pragmatik, praktikal dan dinamik. Ini kerana Malaysia perlu bergerak dari sebuah negara yang masih mempunyai perkara-perkara yang dikatakan masyarakat hari ini sebagai tidak melindungi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Dalam hal ini, saya sentiasa melihat ke negara-negara Eropah khususnya negara-negara Scandinavia kerana mereka sebagai sebuah negara yang sejahtera dan begara kebajikan, itu satu pandangan.
Bagaimana dengan kedudukan Kelantan dikatakan sebagai negeri miskin, dan apakah kaitan dengan persoalan yang dilontarkan Dr tadi?
Yang keduanya pandangan terhadap Kelantan atau negerinegeri lain yang kononnya masih miskin merupakan suatu pandangan yang tidak boleh terkait kepada kepimpinan kerajaan negeri sahaja kerana dalam sistem sesebuh kerajaan negeri itu adanya soal federalisme (Persekutuan) yang terkait dengan kerajaan di peringkat pusat, kebergantungannya terhadap bantuan dan strategi di pihak persekutuan.
Jadi sekali gus pemikiran atau pandangan terhadap mana-mana kerajaan negeri seperti Kelantan bahawa ia sebuah negeri miskin perlu dilihat secara lebih komprehensif kerana ia tidak melibatkan hanya kepimpinan kerajaan negeri sahaja, sebaliknya bagaimana sistem federalisme itu berlaku.
Di mana kebersamaan kerajaan pusat dan negeri di dalam suatu proses meningkatkan pembangunan negeri membangunkan negeri tersebut berjalan atau sebaliknya.
Mengapa ia berlaku demikian?
Secara akademiknya kita melihat politik permusuhan atau politik pertentangan dengan apabila sesebuah kerajaan negeri tidak sealiran dengan kerajaan pusat maka akan didapati wujudnya politik berbelah bahagi ini.
Ini tidak boleh diamalkan lagi, kerana pada kurun ke-21 ini, di setiap daerah atau negeri itu adalah bergantung kepada keberkesanan dasar-dasar dan perancangan secara kesepakatan, kebersamaan antara negeri dan pusat.
Kita kena lihat lebih dari sikap berpolitik. Kita kena bangunkan setiap daerah, setiap negeri wilayah dalam Malaysia secara proses kebersamaan antara kerajaan pusat dan negeri.
Maknanya politik diskriminasi pembangunan kerana berbeza aliran ini tidak boleh diamalkan lagi?
Tak boleh teruskan politik begini apabila sesuatu daerah atau wilayah atau negeri itu diperintah oleh parti yang berbeza, maka pembangunan tidak disalurkan. Sedangkan ia mempunyai tanggungjawab ke atasnya.
Politik ini satu wadah sahaja untuk perbincangan di peringkat kerajaan negeri atau dewan undangan negeri, atau peringkat Parlimen, dalam proses pembentukan dasar.
Tetapi dalam proses kemajuan daerah, wilayah atau negeri yang ada dalam Malaysia ini adalah suatu proses ekonomikal dan sosialisasi yang melibatkan semua proses tadi iaitu pemerintah daerah, negeri dan pusat.
Kita harus melihat ini secara jujur bahawa teguran dan kritikan kepada kerajaan pusat mungkin ada negeri yang miskin seperti Kelantan ini, dan tanggapan bahawa hanya dengan menukar kerajaan negeri sahaja boleh mengatasi kemiskinan itu adalah satu pemikiran politik tradisi dahulu iaitu politik pertentangan (permusuhan). Sedangkan pada masa sekarang ini, kebersamaan dan kesepakatan adalah proses sangat penting.
Politik itu sudah menjadi pelbagai (pragmatik), tidak boleh kita mendidik masyarakat kita dengan satu sikap sahaja, sebaliknya kita harus mendidik masyarakat kita dengan suatu sikap majmuk kerana kemajmukan pemikiran ini akan membantu mempercepatkan kepada kemajuan yang lebih dinamik, kemajuan yang sempurna sebagaimana yang diperkatakan, sebagaimana yang sering menjadi contoh ialah negara-negara Scandanavia.
Pada pengamatan Dr, apakah tanggapan bahawa Kelantan itu miskin kerana diperintah oleh pembangkang apakah ia satu realiti atau hanya propaganda?
Sebenarnya, pada pandangan kita kemungkinan persepsi itu datang kerana ukurannya dilihat daripada aspek bangunan terbinanya bangunan pencakar langit dan sebagainya.
Sedangkan kita lihat di negara Eropah khasnya Scandinavia sekalipun, proses pembinaan bangunan pencakar langit, kondominium mewah dan sebagaimana imej yang ada pada Singapura tidak berlaku pada negara lain seperti di Austria dan Finland.
Kemungkinan pandangan terhadap Kelantan itu miskin dilihat kepada jenis kerajaannya iaitu kerajaan negeri (pembangkang) atau pandangan aset kerajaan negeri ataupun infrastruktur negeri itu sebagai pandangan secara fizikal tadi.
Sedangkan Kelantan tidak ada jauh bezanya dalam aspek fizikal ini dengan Negeri Sembilan, Sabah mahupun beberapa negeri lain yang ditadbir BN.
Kita dapati bahawa ekonomikal Kelantan itu masih bergantung kepada pertanian atau sebagainya sahaja.
Mengapa terjadi demikian?
Mengapa proses ini terjadi, mengapa faktor ekonomikal Kelantan itu tidak serancak Selangor dan sebagainya, kita kena lihat bahawa akibat daripada sistem ekonomi kita yang sejak berabad lamanya di Selatan ini tertumpu di Kuala Lumpur dan Selangor, manakala di Utara hanya di Pulau Pinang sahaja.
Kita membangunan sektor-sektor yang demikian yang pastinya pesisir-pesisir lain tertinggal. Kita tidak membangunkan ekonomi yang boleh menyebabkan pembangunan itu berlaku serentak disemua wilayah, sebaliknya hanya memberi perhatian kepada sesuatu daerah atau wilayah sahaja yang mempunyai sektor domestik yang sudah kuat, jadi kawasan itu sahaja yang kita berikan tumpuan dan perhatian yang menyebabkan jurangnya sangat jauh.
Maka sudah pasti ada wilayah yang tertinggal. Ini suatu proses ekonomi biasa mana-mana negeri pun, Kelantan miskin kerana tiada tiga elemen ini, pertamanya perlombongan, pembalakan perladangan secara besarbesaran.
Apakah tentangan terhadap proses-proses ini, kerana kebanyakan sistem-sistem ekonomi ini dikawal oleh kerajaan federal. Pembangunan infrastruktur dan fizikal.
Kelantan tiada bangunan tinggi dan sistem jalan yang sempurna, kerana hubungan kesaksamaan yang tiada antara pusat dan negeri. Yang ketiganya ialah melihat kepada sejauh mana proses ekonomi itu berlangsung rancak sebagaimana negeri-negeri yang diberikan perhatian seperti Pulau Pinang dan Selangor.
Bagaimana pula ekonomi individu?
Kita lihat kepada ekonomi individu di Kelantan, atau apa yang kita sebutkan sebagai biasaya ekonomi perseorangan, maka Kelantan di antara negeri yang satu-satunya kuasa ekonomi itu dimiliki oleh setiap individu, Rakyat Kelantan ada kekuatan individu begitulah, sebab itulah jumlah peruncitan Kelantan sangat tinggi.
Ekonomi peruncitan Kelantan itu yang kita sebut sebagai internal ekonomi itu sangat tinggi yang tidak dapat diukur dengan bangunan-bangunan Kerana ia ekonomi dalaman dan perseorangan.
Masyarakat Kelantan melihat ekonomi itu kepada tiga ciri, yang pertamanya pemilian aset, yang mana kebanyakan orang kelantan ada aset individu.Yang keduanya kuasa beli yang terbukti rakyat Kelantan ada kuasa membeli yang tinggi. Yang ketiganya ialah kesejahteraan dengan kos hidup yang rendah dan budaya yang tinggi.
Ini ekonomi yang jauh lebih penting, Isu kemiskinan ini isu politik di mana-mana negara sekalipun, isu kemiskinan ini dijadikan modal politik. Sebab itu adanya istilah ‘kemiskinan itu adalah politik’, jadi kita melihat perkara ini sejak sekian lama, hal ini tidak boleh diteruskan.
Pemikiran untuk mengangkat kemiskinan ini dijadikan senjata politik harus dihapuskan, cara memanipulasi politik kemiskinan ini amat tidak boleh diterima, sebaliknya menyelesaikan kemiskinan rakyat di setiap daerah mahupun negeri itu adalah tanggungjawab bersama pemerintah tidak kira kerajaan negeri ataupun pusat.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers