Powered by Blogger.

Jamil Khir Perlu Isytihar Harta Bukannya Bersumpah

Menteri hal ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom perlu mengisytihar harta, bukan bermain sumpah jika mahu membersihkan nama beliau, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Dr Badrulamin Bahrom. Menurut Badrulamin, menteri di jabatan perdana menteri itu bersumpah tidak menggunakan kutipan zakat untuk kediaman mewahnya itu, tetapi tidak berani mengisytiharkan harta. 


“Kalau berani bersumpah, Jamil Khir perlu juga berani isytihar harta supaya rakyat tahu apa yang terjadi. “Dianggar rumah Jamil tidak kurang RM5 juta, berapa gajinya? berapa elaun? Jika beliau seorang yang berintegriti, bersihkan nama,” katanya kepada Suara Keadilan.
Dr Badrulamin berkata, Jamil Khir tidak perlu takut jika wang yang digunakan untuk membesarkan rumahnya bukan kutipan zakat atau melalui sumber diragui. “Sebagai agamawan, beliau tidak perlu takut jika amanah dengan tugas dan tanggungjawabnya. Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kekayaan Jamil Khir.

“SPRM tolong siasat dari mana kekayaan Jamil. Beliau baru dua tahun pegang jawatan menteri. SPRM kena telus, hasil siasatan perlu didedah kepada rakyat. “Semua orang mahu tahu bagaimana Jamil Khir dapat banyak duit dalam masa singkat,” kata Ketua Penerangan Pejabat Menteri Besar Selangor itu.

Suara Keadilan keluaran lalu memaparkan gambar rumah mewah Jamil Khir yang menjadi tanda tanya pelbagai pihak. Jamil dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali sebelum ini menggunakan wang zakat RM32,000 bagi membiayai kos guaman kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan./kd

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers