Powered by Blogger.

Ali Rustam Bakal Dedah Secara Rasmi Adun BN Kena Tangkap Dengan GRO?

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diberikan tempoh seminggu untuk mendedahkan nama seorang wakil rakyat yang dilaporkan diperiksa polis yang melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, ia perlu memandangkan rakyat, selaku pengundi, ingin mengetahui siapakah wakil rakyat berkenaan. Menurut Kamaruddin, sekiranya Mohd Ali gagal mendedahkan nama wakil rakyat terbabit, PAS akan mengambil tindakan mendedahkan identiti wakil rakyat berkenaan.

“Kita tahu siapa wakil rakyat yang dimaksudkan ini. Memadailah saya katakan beliau bukan wakil rakyat dari MCA atau MIC.

“Sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Mohd Ali bertanggungjawab memaklumkan keadaan sebenarnya kepada rakyat selain bertindak adil dalam isu ini.

“Sebab itulah kami memberi tempoh seminggu kepada beliau, dan sekiranya gagal, maka kita akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu,” katanya.

Beliau turut menggesa pihak polis supaya tidak menyembunyikan kejadian yang berlaku.

Katanya, kejadian seumpama itu perlu diambil tindakan dengan seadilnya, tidak kira wakil rakyat yang terbabit adalah daripada parti yang memerintah.

Dalam serbuan jam 2.40 pagi yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Melaka 24 Mac lalu, polis telah memeriksa 27 pelanggan pusat hiburan berkenaan termasuk wakil rakyat terbabit.

Dalam pemeriksaan awal itu juga seramai 12 telah didapati positif dadah.

Posted by admin:007dunia On 0 comments
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

10 Berita Terbaru

Popular post

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Berita Semasa Online

Portal Sumber Ilmu Online

Feed Link Sahabat

Geng Blogger Hebat

Followers